Jumaat, 6 September 2013

ILMU PENULISAN


TIPS TEKUN MENULIS 
SELALU juga saya dengar rungutan daripada para penulis yang mengalami sindrom ketandusan idea, malas dan sukar hendak menyiapkan sesebuah karya mereka. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit pengalaman saya sebagai seorang penulis dalam menangani masalah ini. Semoga perkongsian/tips ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda:-
1.     MENCATAT NOTA
Ilham/idea datang tak menentu masa dan tempat. Oleh itu, rajin2lah membawa pen dan buku nota kecil ke mana-mana. Apabila terlintas sahaja idea yang mungkin dapat digunakan di dalam karya anda, jangan tunggu2 lagi. Catatkan segera. Ianya boleh ditokoktambah ketika anda berada di depan lappy kelak.
2.     DOA
Walaupun saya telah menghasilkan banyak novel, tetapi kadang2 saya juga ketandusan idea. Bila sindrom ini menyerang, saya akan jadi tidak tentu arah... resah dan gelisah. Satu lagi petua yang saya amalkan ialah berdoa. Saya amalkan doa yang diperturunkan oleh Dr. HM Tuah Iskandar ini. Begini bunyinya: YA ALLAH, TIDAK ADA YANG MUDAH KECUALI SESUATU YANG ENGKAU JADIKAN MUDAH. ENGKAULAH YANG MENJADIKAN YANG SUSAH ITU MUDAH. Saya turut mengajar anak saya doa ini setiap kali sebelum menghantar dia ke sekolah. Jangan tak percaya, saya turut berdoa di akhir setiap solat waktu supaya dipermudahkan oleh Allah untuk menyiapkan naskah-naskah saya.
3.     FOKUS
Ketika hendak berkarya, kita haruslah fokus. Oleh itu, saya jarang mengarang dua buah manuskrip dalam satu-satu masa. Biasanya saya fokus menulis satu manuskrip sahaja sehingga selesai. Kalau anda menulis dua buah manuskrip serentak bermakna anda terpaksa memikirkan tentang dua buah cerita yang berlainan plot, watak, konflik dan latar tempatnya dalam satu masa. Silap hari bulan, bercelaru jadinya nanti. Pun begitu tidak dinafikan ramai juga penulis yang boleh mengarang dua buah manuskrip serentak.
Selain daripada itu, kadangkala kerja2 rutin di rumah juga boleh mengganggu tumpuan untuk menulis. Biarkan rumah tunggang langgang.... tak apa. Asalkan karya anda siap tepat pada masanya. Suami saya selalu berkata; buat apa nak rumah kelihatan bersih berkilat? Buat apa nak tanam pokok bunga segala bagai? Kalau rumah berkilat, pokok bunga berpasu2... bukannya duit masuk pun. Tapi, duit hanya akan masuk kalau karya awak sudah siap, berjaya diterbitkan dan mendapat sambutan ramai. Betul kan cakap suami saya ini? Hehehe... untuk info anda semua; suami saya seorang peniaga. Sebab itulah pemikirannya begitu.
4.     BUAT RANGKA
Untuk memudahkan proses penulisan dan mengelakkan kebuntuan di pertengahan cerita, sebelum menulis saya biasanya menyediakan sinopsis keseluruhan karya tersebut, watak dan perwatakan serta rangka cerita. Ianya boleh dijadikan panduan semasa kita sedang menulis.
5.     SUPLEMEN
Pernah satu ketika, saya tidak boleh menulis langsung. Entah apa sebabnya hingga idea dari yang sekecil2nya pun tidak mahu keluar. Saya rasa seolah2 saya sedang sakit. Mata asyik mengantuk dan ingat nak kuak lentang aje...hehehe... mungkin inilah yang dinamakan sindrom malas ataupun ketika itu mungkin diri saya agak jauh dari Tuhan. Oleh kerana dunia saya ialah dunia seorang penulis yang akan jadi cacat kalau tidak boleh menulis, saya harus mencari jalan keluar dari masalah ini. Tiba2 dingdong, saya teringat tentang khasiat jus delima yang terkenal itu. Walaupun harganya agak mahal bagi penulis yang pendapatannya sederhana saja seperti saya ini, tetapi saya tetap membeli dan meminumnya juga. Dan, alhamdulillah.... berkat doa dan usaha, akhirnya sindrom malas dan lesu untuk berjaya saya tinggalkan.
Kini saya mengamalkan makan kismis doa sebanyak 11 biji setiap hari untuk menajamkan fikiran. Boleh juga mencuba herba Gingko Biloba yang juga baik untuk daya ingatan.
6.     ELAKKAN STRES
Gejala stres ini memang membebankan. Oleh itu, sedaya-upaya saya elakkan stres daripada menyerang diri saya. Kalau saya stres, memang tidak boleh buat kerja satu apapun.
7.     MAKAN SEDIKIT
Makan keterlaluan boleh menyebabkan saya jadi malas. Oleh kerana saya biasanya menulis pada waktu pagi, saya jarang mengambil nasi lemak ataupun makan dengan banyak pada waktu itu. Mungkin juga anda boleh minum kopi pekat, kerana kopi adalah perangsang minda.
8.     BERCUTI
Teman saya, Puteri Andalas Novelis selalu menasihatkan saya supaya pergi bercuti. Jauh perjalanan luas pandangan. Tempat2 yang kita lawati semasa percutian itu juga boleh diilhamkan di dalam karya kita. Setiap kali berkesempatan terutamanya semasa cuti sekolah saya akan pergi bercuti. Tak perlulah bercuti jauh2. Kalau suami saya sibuk, saya sanggup keluar bercuti berdua dengan anak saya sahaja.
INILAH ANTARA TIPS YANG SAYA AMALKAN SEHINGGA SEKARANG. YANG PALING PENTING IALAH DOA DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENYIAPKAN SESEBUAH KARYA ITU. BAGI SAYA, SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH. KALAU DIA PERMUDAHKAN, MUDAHLAH BAGI SAYA UNTUK MENYIAPKAN NASKHAH SAYA. ITU SAHAJA.




















2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Selamat berkarya, novelis. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Norika. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk awak ketika berkarya kelak.

      Padam