Selasa, 3 September 2013

Perhimpunan Penulis GBK (31 Ogos 2013)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Pada 31 Ogos 2013 yang lalu syarikat penerbitan tempat aku menulis sekarang(Grup Buku Karangkraf) telah mengadakan PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN untuk para penulisnya. Kesemua penulis yang bernaung di bawah GBK iaitu Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari telah dikumpulkan pada perhimpunan tersebut.

Seronok memang seronok sebab dapat jumpa kawan2, tapi malangnya kepala aku ding-dong(pening) sepanjang majlis itu berlangsung - mungkin sebab aku tak dapat tidur semalaman sebab 'heartburn'. Ubat pulak terlupa nak bawak, memang sengaja nak cari bala. Masa majlis tu pulak, aku duduk kat barisan depan sekali, konon2nya nak tanya macam-macam[tapi tak tanyapun]. Oleh sebab duduk kat barisan depan maka nak tak nak... pening tak pening, terpaksalah tumpukan perhatian.

Di sini, aku nak kongsikan gambar2 kenangan yang sempat lensa kamera aku rakamkan untuk tatapan aku dan jugak kau orang semua.

Posing depan lobi SMART HOTEL, Seksyen 15, Shah Alam with Kak Fida Rohani. Jenuh jugak tunggu Kak Fida datang sebab dia ambil bas jam 9 malam dari JB. Jam 5 pagi baru dia ketuk pintu bilik. Harga bilik RM90(+), aku dah lupa... tapi nak tidur tak boleh tutup lampu sebab kalau tutup ada nyamuk menyerang. Dah namanya hotel budgetlah katakan... sabar jerlah!








7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang meriah. Sebab masih dalam mood raya, maka kami semua digalakkan pakai pakaian raya. Ada yang bawak kuih raya, gitu... hidangan pun hidangan raya, ada nasi impit, kuah kacang dan rendang, gitu.

      Padam
  2. Meriahnya... jeles I

    BalasPadam
  3. memang meriah, walaupun tidak puas bertemu rakan-rakan penulis yang lain

    BalasPadam