Khamis, 25 Ogos 2016

CREATIVE ENTERPRISE

Penerbit Pertama: Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Salam sejahtera. Saya mula menempatkan diri dalam dunia penulisan novel di Creative Enterprise Sdn. Bhd. dengan terbitnya novel pertama saya bertajuk BERAKHIRNYA MIMPI. Selepas itu muncul pula novel-novel yang bertajuk SOAL CINTA, ARCA DI CERMIN, HULURKANLAH KASIHMU, ANTARA DUA PERSIMPANGAN, PUTUS SUDAH KASIH SAYANG, TITIPKAN AKU BAHAGIA dan BIARKAN AKU SENDIRI.

Antara novel yang menjadi best seller semasa di Creative Enterprise ialah ARCA DI CERMIN.


INILAH NOVEL-NOVEL YANG TELAH DITERBITKAN CESB

Rabu, 24 Ogos 2016

PLEASE JANGAN TACKLE AKU - NOVEL




INILAH novel saya yang ke 6 dengan Buku Prima. Terbit pada November 2015. Sebuah cerita yang menarik, menyentuh emosi dan perlu dibaca semua.


SINOPSIS: 

WALAUPUN usianya masih muda, Nur Naziha hidup bagaikan manusia nomad yang sentiasa berpindah randah. Kerja di sana sekejap, berhenti. Kerja di sini sekejap, terus letak jawatan. Kenapakah dia bagaikan seorang pelarian.

Hakikatnya, dia dikejar kisah lalunya yang berliku-liku dan terlalu menyakitkan. Menyangka yang dirinya telah dizalimi oleh Eizhan, kekasihnya sendiri, dia mula membenci lelaki. Dia kemudiannya terdampar dan bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri.

Lemas dikejar cinta duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi, di kotaraya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang tiri Eizhan, juga ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya. Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul seorang kanak-kanak comel bernama Dwan di dalam hidup mereka.

Siapakah sebenarnya Marzuki di dalam hidup Nur Naziha? Dan, siapakah kanak-kanak yang bernama Dwan itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur Naziha mendarat?

(UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI SILA WHATSAPP KE 011-29061240 DENGAN MENYERTAKAN NAMA ANDA, TAJUK NOVEL, KUANTITI, NO TELEFON ANDA DAN ALAMAT PENUH ANDA. ATAU BAGI SESIAPA YANG TINGGAL SEKITAR JOHOR BOLEHLAH DAPATKANNYA DI ANGSANA JOHOR, MINI KARNIVAL KARANGKRAF BERMULA PADA 25-28 OGOS 2016)