INILAH novel saya yang ke 6 dengan Buku Prima. Terbit pada November 2015. Sebuah cerita yang menarik, menyentuh emosi dan perlu dibaca semua.
SINOPSIS:
WALAUPUN usianya
masih muda, Nur Naziha hidup bagaikan manusia nomad yang sentiasa berpindah
randah. Kerja di sana sekejap, berhenti. Kerja di sini sekejap, terus letak
jawatan. Kenapakah dia bagaikan seorang pelarian.
Hakikatnya, dia
dikejar kisah lalunya yang berliku-liku dan terlalu menyakitkan. Menyangka yang
dirinya telah dizalimi oleh Eizhan, kekasihnya sendiri, dia mula membenci
lelaki. Dia kemudiannya terdampar dan bekerja di sebuah farmasi di Mentakab. Di
situ, dia diburu cinta Lokman Azad, duda kematian isteri.
Lemas dikejar cinta
duda itu, Nur Naziha nekad letak jawatan dan kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi,
di kotaraya itu juga hidupnya tidak aman. Eizhan yang tidak pernah melupakan
Nur Naziha, terus mencari dan menagih cintanya. Begitu juga dengan Marzuki, abang
tiri Eizhan, juga ligat memburu Nur Naziha untuk memuaskan keegoannya.
Kemudian, kemelut semakin meruncing apabila muncul seorang kanak-kanak comel
bernama Dwan di dalam hidup mereka.
Siapakah sebenarnya
Marzuki di dalam hidup Nur Naziha? Dan, siapakah kanak-kanak yang bernama Dwan
itu? Di antara Eizhan, Marzuki dan Lokman Azad, di pangkuan siapakah kasih Nur
Naziha mendarat?
(UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI SILA WHATSAPP KE 011-29061240 DENGAN MENYERTAKAN NAMA ANDA, TAJUK NOVEL, KUANTITI, NO TELEFON ANDA DAN ALAMAT PENUH ANDA. ATAU BAGI SESIAPA YANG TINGGAL SEKITAR JOHOR BOLEHLAH DAPATKANNYA DI ANGSANA JOHOR, MINI KARNIVAL KARANGKRAF BERMULA PADA 25-28 OGOS 2016)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan