TIPS TEKUN MENULIS
SELALU juga saya dengar
rungutan daripada para penulis yang mengalami sindrom ketandusan idea, malas
dan sukar hendak menyiapkan sesebuah karya mereka. Di sini saya ingin berkongsi
dengan anda semua sedikit pengalaman saya sebagai seorang penulis dalam
menangani masalah ini. Semoga perkongsian/tips ini sedikit-sebanyak dapat
membantu anda:-
1.
MENCATAT NOTA
Ilham/idea datang tak menentu masa dan tempat. Oleh itu, rajin2lah membawa
pen dan buku nota kecil ke mana-mana. Apabila terlintas sahaja idea yang
mungkin dapat digunakan di dalam karya anda, jangan tunggu2 lagi. Catatkan
segera. Ianya boleh ditokoktambah ketika anda berada di depan lappy kelak.
2.
DOA
Walaupun saya telah menghasilkan banyak novel, tetapi kadang2 saya juga
ketandusan idea. Bila sindrom ini menyerang, saya akan jadi tidak tentu arah...
resah dan gelisah. Satu lagi petua yang saya amalkan ialah berdoa. Saya amalkan
doa yang diperturunkan oleh Dr. HM Tuah Iskandar ini. Begini bunyinya: YA
ALLAH, TIDAK ADA YANG MUDAH KECUALI SESUATU YANG ENGKAU JADIKAN MUDAH.
ENGKAULAH YANG MENJADIKAN YANG SUSAH ITU MUDAH. Saya turut mengajar anak saya
doa ini setiap kali sebelum menghantar dia ke sekolah. Jangan tak percaya, saya
turut berdoa di akhir setiap solat waktu supaya dipermudahkan oleh Allah untuk
menyiapkan naskah-naskah saya.
3.
FOKUS
Ketika hendak berkarya, kita haruslah fokus. Oleh itu, saya jarang
mengarang dua buah manuskrip dalam satu-satu masa. Biasanya saya fokus menulis
satu manuskrip sahaja sehingga selesai. Kalau anda menulis dua buah manuskrip
serentak bermakna anda terpaksa memikirkan tentang dua buah cerita yang
berlainan plot, watak, konflik dan latar tempatnya dalam satu masa. Silap hari
bulan, bercelaru jadinya nanti. Pun begitu tidak dinafikan ramai juga penulis
yang boleh mengarang dua buah manuskrip serentak.
Selain daripada itu, kadangkala kerja2 rutin di rumah juga boleh mengganggu
tumpuan untuk menulis. Biarkan rumah tunggang langgang.... tak apa. Asalkan
karya anda siap tepat pada masanya. Suami saya selalu berkata; buat apa nak
rumah kelihatan bersih berkilat? Buat apa nak tanam pokok bunga segala bagai?
Kalau rumah berkilat, pokok bunga berpasu2... bukannya duit masuk pun. Tapi,
duit hanya akan masuk kalau karya awak sudah siap, berjaya diterbitkan dan mendapat
sambutan ramai. Betul kan cakap suami saya ini? Hehehe... untuk info anda
semua; suami saya seorang peniaga. Sebab itulah pemikirannya begitu.
4.
BUAT RANGKA
Untuk memudahkan proses penulisan dan mengelakkan kebuntuan di pertengahan
cerita, sebelum menulis saya biasanya menyediakan sinopsis keseluruhan karya
tersebut, watak dan perwatakan serta rangka cerita. Ianya boleh dijadikan
panduan semasa kita sedang menulis.
5.
SUPLEMEN
Pernah satu ketika, saya tidak boleh menulis langsung. Entah apa sebabnya
hingga idea dari yang sekecil2nya pun tidak mahu keluar. Saya rasa seolah2 saya
sedang sakit. Mata asyik mengantuk dan ingat nak kuak lentang aje...hehehe...
mungkin inilah yang dinamakan sindrom malas ataupun ketika itu mungkin diri
saya agak jauh dari Tuhan. Oleh kerana dunia saya ialah dunia seorang penulis
yang akan jadi cacat kalau tidak boleh menulis, saya harus mencari jalan keluar
dari masalah ini. Tiba2 dingdong, saya teringat tentang khasiat jus delima yang
terkenal itu. Walaupun harganya agak mahal bagi penulis yang pendapatannya
sederhana saja seperti saya ini, tetapi saya tetap membeli dan meminumnya juga.
Dan, alhamdulillah.... berkat doa dan usaha, akhirnya sindrom malas dan lesu
untuk berjaya saya tinggalkan.
Kini saya mengamalkan makan kismis doa sebanyak 11 biji setiap hari untuk
menajamkan fikiran. Boleh juga mencuba herba Gingko Biloba yang juga baik untuk
daya ingatan.
6.
ELAKKAN STRES
Gejala stres ini memang membebankan. Oleh itu, sedaya-upaya saya elakkan
stres daripada menyerang diri saya. Kalau saya stres, memang tidak boleh buat
kerja satu apapun.
7.
MAKAN SEDIKIT
Makan keterlaluan boleh menyebabkan saya jadi malas. Oleh kerana saya
biasanya menulis pada waktu pagi, saya jarang mengambil nasi lemak ataupun
makan dengan banyak pada waktu itu. Mungkin juga anda boleh minum kopi pekat,
kerana kopi adalah perangsang minda.
8.
BERCUTI
Teman saya, Puteri Andalas Novelis selalu menasihatkan saya supaya pergi
bercuti. Jauh perjalanan luas pandangan. Tempat2 yang kita lawati semasa
percutian itu juga boleh diilhamkan di dalam karya kita. Setiap kali
berkesempatan terutamanya semasa cuti sekolah saya akan pergi bercuti. Tak
perlulah bercuti jauh2. Kalau suami saya sibuk, saya sanggup keluar bercuti
berdua dengan anak saya sahaja.
INILAH ANTARA TIPS YANG SAYA AMALKAN SEHINGGA SEKARANG. YANG PALING PENTING
IALAH DOA DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENYIAPKAN SESEBUAH KARYA ITU. BAGI SAYA,
SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH. KALAU DIA PERMUDAHKAN, MUDAHLAH BAGI SAYA UNTUK
MENYIAPKAN NASKHAH SAYA. ITU SAHAJA.
Terima kasih atas perkongsian ini. Selamat berkarya, novelis. ^^
BalasPadamSama2 Norika. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk awak ketika berkarya kelak.
Padam